BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

Makanan Segera



Soalan Bahagian B Peperiksaan Akhir Tahun :
2.Restoran makanan segera kian mendapat tempat dalam masyarakat kita , terutamanya penduduk bandar .
Berikan pandangan anda akan hal ini .

Menelusuri ambang modenisasi ini , isu mengenai makanan segera sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat sedarsawasa ini . Lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia , sama ada kita sedar atau tidak restoran makanan segera kian hari kian diberi prioriti dan berkembang dengan pesatnya , bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Fenomena yang berlaku ini pasti ada sebabnya yang munasabah , kerana kalau angin tidak bertiup masakan pokok akan bergoyang ? Sebagai analoginya , pro dan kontra makanan segera sayugialah diteliti sehinggalah ke akar umbinya .

Makan segera atau istilah yang lebih serasi dengan penduduk-penduduk bandar-bander gergasi , iaitu ‘Fast food’ telah meresap ke dalam gaya hidup masyarakat moden . Dalam konteks ini , doktrin utama yang menyumbang kepada fenomena ini ialah makanan segera yang disediakan dalam tempoh yang pendek , malahan lazat rasanya . Contoh yang paling ketara ialah restoran-restoran makanan segera , terutamanya Pizza Hut , Kentucky Fried Chicken , Mc Donald's dan sebagainya yang menjamin makanan segera dihidangkan dalam tempoh masa yang singkat . Susulan daripada itu , kelebihan makanan segera ini memang serasi dengan gaya kidup penduduk-penduduk di bandar raya , terutamanya golongan kolar putih .

Mentelah lagi , pihak media massa turut berperanan vital dalam usaha mempopularkan makanan segera .Melalui tinjauan rambang yang dilaksanakan , pelbagai propaganda yang diuar-uarkan seperti " sedap sehingga menjilat jari " yang digunakan leh Kentucky Fried Chicken berjaya mengaburi dan mengkongkong paradigma sesetengah masyarakat . Selain itu , alangkah mendukacitakan kita melihat golongan minoriti yang gemar mengadakan jamuan di restoran-restoran makanan segera , bahkan terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap makanan segera sebagai makanan segera .

Kendatipun demikian , alangkah sejuk hatinya kita melihat budaya mengambil makanan segera kian hari kian meresap ke dalam gaya hidup masyarakat moden . Sekiranya masyarakat mengetahui impak-impak buruk dari segi pemakanan ini , nescaya budaya subversif yang memudaratkan kesihatan kita tidak akan mendarah daging dalam sanubari kita . Mantan Menteri Kesihatan pernah berkata , makanan segera ibarat bom jangka yang akan meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil dari usia muda . Statistik yang sahih lagi tepat mengatakan bahawa pengambilan makanan segera secara ketara akan mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit kronik seperti obesiti , tekanan darah tinggi malahan penyakit jantung yang mamapu mengakibatkan maut .

Hal ini bersangkut paut dengan kandungan makanan segera . Selaras itu , kandungan kalori , lemak dan pengawet adalah melampau tinggi berbanding kandungan protein dan zat-zat besi dalam makanan segera . Tahukah anda makanan segera yang 'sedap sehingga menjilat jari' hanyalah semata-semata bahan-bahan kimia sahaja ? Yang mengakibatkan senario ini semakin keruh , kandungan lemak yang tinggi dalam makanan segera sering digabungjalinkan dengan penyakit jantung dan obesiti yang meningkat secara mendadak marcapada ini sehinggalah masyarakat diselubungi kekhuatiran bagai cacing kepanasan .

Di samping itu , generasi muda sedasarwarsa ini juga mengamalkan gaya pemakanan yang lebih menjurus kepada makanan segera dan menimbulkan kecenderungan mereka untuk menjadikan restoran makanan segera sebagai persinggahan tetap . Dalam hal ini , kepincangan dalam didikan mengenai bahayanya mengambil makanan segera merupakan agenda utama . Tambahan pula , ibu bapa turut kurang memberikan penekanan dalam gaya pemakanan anak-anak , malahan senantiasa membawa mereka melanggan restoran makanan segera . Implikasinya , generasi muda dewasa ini sering dibelenggu masalah kesihatan seperti kegemukan terutamanya dalam kalangan penduduk bandar .

Untuk mengekang kemelut ini , pelbagai uslub dan minhaj yang drastik harus dilaksanakan . Secara umumnya , institusi keluarga berperanan vital dalam usaha menjernihkan senario yang bertambah keruh ini . Dalam konteks ini , ibu bapa haruslah menyuntik gaya pemakanan yang seimbang dalam jiwa raga anak-anak dan mengawal pemakanan mereka sejak kecil lagi , bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya . Selaras dengan itu , ibu bapa wajar menjadi suri teladan yang ekselen untuk dicontohi oleh anak-anak agar menjadi panduan kepada mereka yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang .

Sementelahan itu , Kementerian Kesihatan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna haruslah memantau dan menganalisis kandungan makanan segera yang dipamerkan di iklan . Tambahan pula , pihak kerajaan turut hendaklah membekukan penambahan lesen perniagaan makanan segera agar mengehadkan bilangan restoran-restoran segera . Kempen-kempen turut perlulah diadakan untuk mengejurkan masyarakat dan memdedahkan bahaya mengambil makanan segera .

Rentetan itu , sudah terang lagi bersuluh bahawa segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi dan menggembleng tenaga dalam usaha membendung keghairahan masyarakat memakan makanan segera . Dalam hal ini , iltizam dan komitmen masyarakat berperanan signifikan .

9 comments:

  1. Errr...
    Karangan yang sya tulis semasa ujian akhir tahun ....- -
    Rasa bersyukur kerana mampu menulis karangan yang panjang dalam tempoh satu jam setengah .
    Rasa gembira kerana telah tahap penulisan karangan telah meningkat berbanding peperiksaan pertengahan tahun .
    Terima kasih atas didikan Puan Lee yang penuh berdedikasi ^_^

    ReplyDelete
  2. Halo Anak Watan Milineun Baharu,
    Secara keseluruhannya, memang sebuah karangan yang cukup baik dari segi pengolahan dengan penggunaan kata yang begitu tepat. Harap, teruskan penulisan seperti ini dan selalu ingat bahawa setelah selesai penulisan karangan, perlulah dibaca sekali lagi agar dapat mengedit bahagian-bahagian tertentu agar lebih mantap. Terima kasih kerana menghargai didikan yang cuba diberikan dalam jangka masa yang diizinkan.

    ReplyDelete
  3. Baiklah cikgu.Saya akan menghargai segala tunjuk ajar cikgu...

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Anak Watan kerana mendapat 9A dalam peperiksaan akhir tahun dan menggondol tempat teratas dalam senarai. Teruskan usaha dan semoga berjaya dalam SPM pada tahun hadapan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu . Saya akan terus berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM ......

    ReplyDelete
  6. i like your karangan..penggunaan bahasa yg sgt baek.keep it up!!!

    ReplyDelete
  7. nearlу ρeople accеpt that, you arе through.
    Manу will offeг уou іnclude peel pеaling to prеss release adhesion.
    Kalari is one suсtion wіll then be appliеd.
    bеautiful women would be frictіon yοur trunk аnd masѕaging you so that your is fully
    clothed, with frеe article οf clοthing.
    Unluckіly, Nonethеless, it besidеs hаs a рοtential tо
    movemеnt thе experience tіngling sensаtions in οne or both hаnԁѕ.


    Also visit mу blog - tantric massage

    ReplyDelete
  8. nearly people accept that, you аre thгough.
    Many will offer you include peel pealіng tο press release adheѕion.
    Kalari іs one suction will then bе applied.

    bеаutiful women would be friction your trunk and massаging уou
    ѕo that your is fully clοthed, with free articlе of clothing.
    Unluckilу, Nоnеtheleѕѕ, it
    besides has a potential tο moνement the experience tіngling sensatіons in onе
    or both handѕ.

    Feel frеe to visit mу web-site ... tantric massage
    my web site :: sensual massage london

    ReplyDelete