BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 10, 2010

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKANG MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG



Menelusuri ambang modenisasi , alangkah sejuk hati kita melihat Perdana Menteri secara terang-terangan dan penuh emosi menyatakan kekecewaan beliau terhadap masalah kenaikan harga barang . Teguran tersebut meniti dari bibir ke bibir umat manusia serta menjadi isu kontemporari negara sehingga sesetengah pihak yang bersikap evasif sanggup melatah dan menuding jari sesama diri . Dalam konteks ini , masalah kenaikan harga barang atau istilah yang lebih serasi dengan penghuni-penghuni bandar metropolis , iaitu inflasi haruslah dikekang oleh seantero lapisan masyarakat melalui pelbagai prakarsa yang agresif dan efektif . Sebelum masalah ini menular menjadi duri dalam daging dan terus bernanah dalam masyarakat agar tidak sudah terhantuk baru tengadah .


Meneliti akar umbi yang mengeruhkan senario ini , iaitu ledakan kemerosotan ekonomi yang hampir melumpuhkan kerangka ekonomi antarabangsa , nescaya kerangka iktisad negara haruslah diperkasa semula dengan merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan pengeksportan hasil-hasil komoditi . Memaparkan pepatah Melayu yang berbunyi‘cermat masa banyak , jimat masa sedikit ’, pengguna-pengguna digesa agar berhemat ketika berbelanja dan mengurangkan penggunaan barangan tertentu yang tidak diperlukan . Dalam konteks ini , sifat mengawal nafsu kebendaan dan merancang perbelanjaan sendiri bagai mengukur baju di badan bukan sahaja dapat meminimakan pembelanjaan seharian , malahan dapat mengelakkan pemborosan . Selain itu , kita juga haruslah memulaukan barangan import . Selaku pengguna yang bijak , barangan buatan Malaysia haruslah menjadi pilihan utama dan dominan segenap lapisan masyarakat demi menyemarakkan pasaran barangan buatan tempatan . Ghalibnya , paradigma generasi muda dikongkong bahawa produk import lebih gah berbanding barangan butan negara , sehingga mereka terlalu mengagung-agungkan barangan import .


Sementelahan itu , peranan signifikan yang dimainkan oleh institusi keluarga untuk menyuntik sikap berjimat cermat yang luhur dan tidak lapuk dek kehujanan , tidak lekang dek kepanasan dalam jiwa raga generasi muda memang tidak dapat dinafikan . Ibu bapa berperanan mengikis tabiat buruk anak-anak yang menukar barang lama kepada yang baharu . Di samping itu , ibu bapa wajar berbelanja secara berhemat kerana anak-anak yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang mudah terikut-ikut cara mereka berbelanja . Hal ini amatlah serasi dengan pepatah “ menjernihkan air di muara mulakan di hulu ”dan “ mengenal getah batang lihatlah pada daunnya ” . Bak kata pepatah ,“ ke mana tumpahnya hujan dari bumbungan , kalau tidak ke kecucuran atap ? ” , ibu bapa yang berdedikasi adalah entiti mithali untuk mencorak dan menjana insan madani yang menyokong barangan butan Malaysia . Pada hemat saya , ibu bapa haruslah memberitahu anak-anak bahawa barangan import lebih mahal daripada barangan buatan Malaysia dan membuang sikap “biar papa asal bergaya” dalam generasi muda . Anak-anak turut perlu diberi penekanan oleh ibu bapa bahawa membeli barangan export akan mengakibtkan pengaliran keluar mata wang secara besar-besaran dan seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara , malahan membantutkan perkembangan ekonomi negara .


Mentelah lagi , masyarakat haruslah memberi sambutan yang memberangsangkan terhadap projek penanaman hidroponik yang diuar-uarkan oleh kerajaan marcapada ini agar strategi tersebut tidak hanyalah lunak dari segi teori dan indah khabar daripada rupa . Pada realitinya , strategi serampang dua mata ini bukan sahaja efektif dalam mengatasi masalah inflasi dengan membekalkan hasil-hasil tanaman yang bebas daripada pencemaran bahan kimia untuk kegunaan domestik , malahan dapat membuka peluang pekerjaan dan seteruskan mengurangkan kadar pengangguran , seperti yang dimaksudkan dengan pepatah “ sambil menyelam minum air ” .


Selari dengan itu , kita haruslah mengekang kemelut inflasi dengan bijaksana dan memahami hak-hak kita sebagai pengguna . Statistik yang sahih lagi tepat melalui tinjauan rambang yang dilaksanakan menunjukkan sikap individualistik segelintir pengguna dan pengusaha yang membeli barangan terkawal secara pukal telah menyukarkan usaha-usaha kerajaan mengawal harga barangan . Rentetan itu , kita haruslah mengikis sikap kehalobaan dalam kalangan pengguna dan memikirkan produk alternatif untuk menggantikan barangan yang tidak munasabah harganya . Satu contoh yang dekat dengan kehidupan seharian kita ialah kita boleh memilih ayam untuk menggantikan ikan yang mahal sempena hari perayaan . Langkah alternatif yang boleh diambil oleh masyarakat ialah membeli belah semasa Jualan Mega kerana harga yang ditawarkan lazimnya lebih murah dan berpatutan . Walau bagaimanapun , pengguna haruslah memastikan mereka hanya membeli barangan tertentu sahaja , bukannnya barangan-barangan yang sememangnya tidak diperlukan .


Bak kata pepatah , alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan , inisiatif haruslah diimplimentasikan oleh kerajaan dengan lebih drastik dan komprehensif untuk mengekang penularan gejala inflasi secara habis-habisan sebelum menjadi leluasa atau berputik . Sajajar dengan itu , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna haruskan menggubal mekanisme sedia ada untuk mengawal masalah inflasi , seperti Akta Pengawalan Harga . Tambahan pula , pihak berkuasa tidak seharusnya mengalah dengan ugutan atau rayuan yang tidak munasabah oleh pengusaha-pengusaha . Langkah pragmatik yang harus dilaksanakan ialah mengenakan kuota terhadap barangan import . Bertitik-tolak daripada itu , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , seperti Persatuan Pengguna sayugialah bersinergi dan menggembleng tenaga dengan seantero lapisan masyarakat untuk memboikot barangan yang berharga melampau tinggi . Hakikatnya , sekiranya pertubuhan-pertubuhan tersebut senantiasa melaporkan barangan-barangan yang tidak munasabah harganya kepada kerajaan , nescaya masalah inflasi yang bersarang lama dalam negara kita dapat dikikis .


Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, komitmen dan iltizam segenap masyarakat berperanan vital untuk membangunkan kerangka iktisad negara yang kukuh dan gah sehingga berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan negara-negara gergasi lain . Susulan daripada itu , anggota masyarakat haruslah menjadi pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak mereka selaku seorang pengguna demi mengekang inflasi .


Saturday, January 30, 2010

Pohon Satu Malaysia


Wahai pohon nusa bangsa bumi tercintaku ,

megahmu menegak dengan agungnya ,

bertopangkan akar perpaduan ,

berhiaskan ranting permuafakatan ,

dan berbuahkan bunga kedaulatan yang mewangi ,

semerbak harumnya .


Wahai pohon nusa bangsa bumi tercintaku ,

tanpa naungan rimbunan dedaun yang rendang menghijau ,

nescayamu akan kelayuan dibakar mentari yang membengis .


Wahai pohon nusa bangsa bumi tercintaku ,

tanpa tunjangan batang yang lurus menegak ,

nescayamu akan tumbang dilanda hujan ribut yang mengganas .


Wahai anak-anak watan ibu pertiwiku ,

Bersatulah! Berpadulah !


Nescaya perbezaan kulit atau warna,

sama ada asal mahupun agama ,

tidak mampu meredakan kesemarakan api nasionalisme

yang panas membara dalam sanubari kita .


Biarlah jiwa raga kita yang terkobar-kobar berpaut dengan rapatnya ,

bersama-samalah kita suburkan pohon nusa bangsa bumi tercinta .

Saturday, November 21, 2009

Hulurkan tanganmu , bersama kita mengembara ......



“Puteriku , aku bukanlah puteramu , namun izinkan saya membawamu mengembara . Masihku ingat katamu , mengembara ialah kebahagiaanmu , mengembara adalah segala-galanya bagimu ...... ”

Puteriku , marilah kita meninggalkan istana ini , tinggalkan tempat ini , tinggalkan segala-galanya . Aku akan membawamu mengembara , sehinggalahmu menemui puteramu . Namun , janganlah jatuh cinta padaku , aku hanyalah seorang penggembara . Aku bukanlah puteramu , aku tidak mampu memberikan pakaian yang cantik kepadamu , tidak mampu memberikan batu permata dan berlian yang berharga kepadamu , tidak mampu membina istana yang agung untukmu , tidak mampu memberi kedudukan yang mulia kepadamu . Justeru , janganlah jatuh cinta padaku , aku bukannya puteramu . Aku tidak layak untuk menerima cintamu , mahkota hatiku . Ikutlah aku , marilah mengembara bersamaku , puteriku . Percayalah aku , aku akan membawamu menemui puteramu , putera yang mampu memberikan kebahagiaan kepadamu . Pada masa itu , tinggallah di sisinya , nescayamu akan menjadi seorang permaisuri yang bahagia , dan aku akan teruskan pengembaraanku , berseorangan . Namun , kesunyian tetap akanku tanggung , janjimu akan bahagia di sisi puteramu ......

Mengembara ialah takdirku , kehidupanku , adalah segala-galanya bagiku .
  
Aku hanyalah seorang pengembara , seorang pengembara yang kesunyian , memang berseorangan sejak saya dilahirkan , dan akan bersendirian sehingga hembusan nafasku yang terakhir . Saya tidak memiliki tubuh yang perkasa , tidak memiliki harta pustaka yang tidak ternilainya , tidak memiliki kata-kata yang manis . Justeru , aku bukanlah puteramu , tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadamu . Walaupun aku pernah gigih berusaha , menemani di sisimu dan bersama kita mengharungi pelbagai kesukaran ; walaupun aku pernah berani , melindungimu agar tidak tercedera dan tertarik dalam dunia yang penuh dengan godaan ini ; walaupun aku pernah prihatin , membawa kegembiraan kepadamu dan mengheretmu meninggalkan lembah kedukaan . Namun , itulah hakikatnya , aku tetap bukanlah puteramu .
  
Puteriku , aku hanya boleh membawamu mengembara , membawamu menemui putera yang ditakdirkan bersamamu . Dan hanya itulah yang aku mampu ......   
  
Usahlah layanku dengan baik , kerana aku bimbang , aku akan keberatan untuk meninggalkanmu apabilamu menemui puteramu . Aku , hanyalah seorang pengembara . Aku , tidak mungkin akan menjadi puteramu . Puteriku , hulurkan tanganmu , marilah kita mengembara . Percayalah , puteramu sedang menunggumu di depan , masihnya menunggu untuk memberi kebahagiaan kepadamu .
  
▁▂ Kolam Hajat ▂▁
  
Lihatlah , Puteriku . Betapa indahnya kolam hajat itu . Masihkah kamu ingat , puteriku ? Kami pernah bersinggah di sini . Namun , aku telah mengeluarkan syiling yang dilontar olehmu ke dalam kolam hajat dahulu . Lihatlah , puteriku , masihkah kamu ingat syiling ini ? Ia mencatatkan janjimu , janjimu untuk bersamaku sepanjang hajatmu . Usahlah khuatir , aku telah mengeluarkan syiling tersebut , aku telah melepaskan janjimu . Tahukahmu , puteriku ? Aku bukanlah puteramu , namun aku akan memastikan puteriku bahagia sepanjang hayatmu di sisi puteramu .
  
Hulurkan tanganmu , puteriku . marilah kita teruskan pengembaraan kami ......

▁▂ Batu Jodoh ▂▁
  
Lihatlah , Puteriku . Itulah batu jodoh . Masihkah kamu ingat , puteriku ? Kami juga pernah bersinggah di sini . Namun , aku telah memadamkan nama kita yang dicatatkan olehmu dahulu . Dengan begitulah , lenyaplah takdir kita utuk dijodohkan selama-lamanya . Lupakanlah , lupakan janjimu untuk bersamaku sepanjang hajatmu . Tahukahmu , puteriku ? Aku bukanlah puteramu , namun aku tetap akan memastikan kebahagiaanmu , dan kamu adalah ditakdirkan untuk bersama puteramu .
  
Hulurkan tanganmu , puteriku . marilah kita teruskan pengembaraan kami ......  
  
▁▂ Sempadan Dunia ▂▁

Puteriku , janganlah menangis . Tahukahmu , puteriku , sanubariku sebak menahan kepiluan melihatmu menangis , hatiku turut hancur luluh bak kaca yang terhempas di lantai melihat air mata yang bergenang di kelopok matamu . Adakah kamu telah membuat keputusan untuk menunggu puteramu di sini ? Baiklah , aku akan menemani di sisimu . Tak apalah , walaupun mengembara adalah segala-galanya bagiku , namun puteriku , kebahagiaanmu jauh lebih penting daripada segala-galanya .
  
Hulurkan tanganmu , puteriku . Biarlah aku menemani di sisimu untuk menunggu ketibaan puteramu ......  
  
▁▂ Ketibaan Puteramu ▂▁

Lihatlah , puteri . puteramu dah tiba . Lihatlah , dialah putera yang kamu nanti-nantikan . Lihatlah , dialah putera yang ditakdirkan bersamamu . Lihatlah , dialah puteramu , hanya dialah yang mampu memberi kebahagiaan kepadamu . Lupakanlah aku , lupakan segala-galanya mengenaiku . Tahukahmu , puteriku ? Aku bukanlah puteramu , namun aku tetap akan mendoakan kebahagiaanmu , dan kamu adalah ditakdirkan untuk bersama puteramu . Dan , tibanya masa untuk aku berpisah denganmu .
  
Lepaskan tanganmu , puteriku . Biarlah aku meneruskan pengembaraanku ,bersendirian...... 
  
▁▂ Takdir Seorang Pengembara ▂▁  

Aku hanyalah seorang pengembara , seorang yang ditakdirkan kesunyian dan berseorangan . Sebenarnya , aku memang keberatan untuk meninggalkan puteriku . Namun , itulah takdirku , takdir seorang pengembara . Pengembaraanku tidak akan ditemani oleh sesiapa pun , aku memang ditakdirkan kesunyian , bersendirian sehinggalah ke hembusan nafasku yang terakhir . Tahukah kamu , puteriku ? Aku memang cinta akanmu . Namun , semuanya menjadi tidak penting , asalkan kamu bahagia di sisi puteramu .......

Wednesday, November 11, 2009

Makanan Segera



Soalan Bahagian B Peperiksaan Akhir Tahun :
2.Restoran makanan segera kian mendapat tempat dalam masyarakat kita , terutamanya penduduk bandar .
Berikan pandangan anda akan hal ini .

Menelusuri ambang modenisasi ini , isu mengenai makanan segera sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat sedarsawasa ini . Lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia , sama ada kita sedar atau tidak restoran makanan segera kian hari kian diberi prioriti dan berkembang dengan pesatnya , bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Fenomena yang berlaku ini pasti ada sebabnya yang munasabah , kerana kalau angin tidak bertiup masakan pokok akan bergoyang ? Sebagai analoginya , pro dan kontra makanan segera sayugialah diteliti sehinggalah ke akar umbinya .

Makan segera atau istilah yang lebih serasi dengan penduduk-penduduk bandar-bander gergasi , iaitu ‘Fast food’ telah meresap ke dalam gaya hidup masyarakat moden . Dalam konteks ini , doktrin utama yang menyumbang kepada fenomena ini ialah makanan segera yang disediakan dalam tempoh yang pendek , malahan lazat rasanya . Contoh yang paling ketara ialah restoran-restoran makanan segera , terutamanya Pizza Hut , Kentucky Fried Chicken , Mc Donald's dan sebagainya yang menjamin makanan segera dihidangkan dalam tempoh masa yang singkat . Susulan daripada itu , kelebihan makanan segera ini memang serasi dengan gaya kidup penduduk-penduduk di bandar raya , terutamanya golongan kolar putih .

Mentelah lagi , pihak media massa turut berperanan vital dalam usaha mempopularkan makanan segera .Melalui tinjauan rambang yang dilaksanakan , pelbagai propaganda yang diuar-uarkan seperti " sedap sehingga menjilat jari " yang digunakan leh Kentucky Fried Chicken berjaya mengaburi dan mengkongkong paradigma sesetengah masyarakat . Selain itu , alangkah mendukacitakan kita melihat golongan minoriti yang gemar mengadakan jamuan di restoran-restoran makanan segera , bahkan terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap makanan segera sebagai makanan segera .

Kendatipun demikian , alangkah sejuk hatinya kita melihat budaya mengambil makanan segera kian hari kian meresap ke dalam gaya hidup masyarakat moden . Sekiranya masyarakat mengetahui impak-impak buruk dari segi pemakanan ini , nescaya budaya subversif yang memudaratkan kesihatan kita tidak akan mendarah daging dalam sanubari kita . Mantan Menteri Kesihatan pernah berkata , makanan segera ibarat bom jangka yang akan meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil dari usia muda . Statistik yang sahih lagi tepat mengatakan bahawa pengambilan makanan segera secara ketara akan mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit kronik seperti obesiti , tekanan darah tinggi malahan penyakit jantung yang mamapu mengakibatkan maut .

Hal ini bersangkut paut dengan kandungan makanan segera . Selaras itu , kandungan kalori , lemak dan pengawet adalah melampau tinggi berbanding kandungan protein dan zat-zat besi dalam makanan segera . Tahukah anda makanan segera yang 'sedap sehingga menjilat jari' hanyalah semata-semata bahan-bahan kimia sahaja ? Yang mengakibatkan senario ini semakin keruh , kandungan lemak yang tinggi dalam makanan segera sering digabungjalinkan dengan penyakit jantung dan obesiti yang meningkat secara mendadak marcapada ini sehinggalah masyarakat diselubungi kekhuatiran bagai cacing kepanasan .

Di samping itu , generasi muda sedasarwarsa ini juga mengamalkan gaya pemakanan yang lebih menjurus kepada makanan segera dan menimbulkan kecenderungan mereka untuk menjadikan restoran makanan segera sebagai persinggahan tetap . Dalam hal ini , kepincangan dalam didikan mengenai bahayanya mengambil makanan segera merupakan agenda utama . Tambahan pula , ibu bapa turut kurang memberikan penekanan dalam gaya pemakanan anak-anak , malahan senantiasa membawa mereka melanggan restoran makanan segera . Implikasinya , generasi muda dewasa ini sering dibelenggu masalah kesihatan seperti kegemukan terutamanya dalam kalangan penduduk bandar .

Untuk mengekang kemelut ini , pelbagai uslub dan minhaj yang drastik harus dilaksanakan . Secara umumnya , institusi keluarga berperanan vital dalam usaha menjernihkan senario yang bertambah keruh ini . Dalam konteks ini , ibu bapa haruslah menyuntik gaya pemakanan yang seimbang dalam jiwa raga anak-anak dan mengawal pemakanan mereka sejak kecil lagi , bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya . Selaras dengan itu , ibu bapa wajar menjadi suri teladan yang ekselen untuk dicontohi oleh anak-anak agar menjadi panduan kepada mereka yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang .

Sementelahan itu , Kementerian Kesihatan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna haruslah memantau dan menganalisis kandungan makanan segera yang dipamerkan di iklan . Tambahan pula , pihak kerajaan turut hendaklah membekukan penambahan lesen perniagaan makanan segera agar mengehadkan bilangan restoran-restoran segera . Kempen-kempen turut perlulah diadakan untuk mengejurkan masyarakat dan memdedahkan bahaya mengambil makanan segera .

Rentetan itu , sudah terang lagi bersuluh bahawa segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi dan menggembleng tenaga dalam usaha membendung keghairahan masyarakat memakan makanan segera . Dalam hal ini , iltizam dan komitmen masyarakat berperanan signifikan .

Sunday, September 27, 2009

Gajala vandalisme di kawasan rekreasi ...


Bentuk landskap Malaysia yang unik dan indah merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai . Bentuk topografinya yang terbina daripada komponen gunung-ganang , bukit-bukau , lautan dan pulau yang menawan telah menyajikan destinasi-destinasi menarik untuk berkelah dan beristirahat . Walau bagaimanapun , alangkah sejuk hati kita melihat anugerah Tuhan yang tidak ternilai semakin tercemar dan ternoda keindahannya . Justeru , demi mengekalkan keindahan tempat-tempat rekreasi ini untuk kepentingan generasi muda , beberapa langkah yang drastik dan efektif perlulah diambil dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan bentuk landskap Malaysia .

Secara umumnya , keindahan alam semula jadi tanah air kita memang tidak ada tolak bandingnya . Hal ini jelas terlihat dalam tumpuan-tumpuan pelancong , seperti Port Dickson , Hutan Lipur , Pulau Redang dan sebagainya yang cukup termasyhur . Kendatipun demikian , kawasan-kawasan yang ibarat syurga ini kian hari kian dikotori , sampah-sarap bersepah-sepah di sini sana serta longgokan sisia menimbun , dengan tidak langsung menggambarkan disiplin dan sikap tanggungjawab masyarakat kita yang semakin merosot dan pupus ditelan arus pemodenan . Mentelah lagi , hakibat bahawa destinasi-destinasi pelancongan tersebut lambat-laun akan bertukar menjadi kawasan "pembuangan dan pelupusan sampah " memang tidak dapat dinafikan dan amat mendukacitakan .

Sebagai analoginya , perbuatan vandalisme yang menlanda turut menghancurkan imej kawasan rekreasi dengan seriusnya . Bagi membuktikan perkara ini , contoh yang boleh diketengahkan ialah kebanyakan infrastruktur awam seperti telefon , pondok rehat , malahan popok-pokok hiasan dirosakkan oleh segelintir sampah masyarakat . Tindakan yang keji bukan sahaja menghancurkan keanggunan dan keindahan tempat-tempat reaksi , malahan mendatangkan kesulitan kepada pengunjung yang ingin menggunakan prasarana tersebut . Peninjauan secara rambang menunjukkan hampir 100 peratus tandas awan telah dirosakkan oleh budaya vandalisme . Biar kita lihat , tulisan dan contengan pelbagai kata yang tidak bermoral telah mengotori dan mencemari tandas awan negara kita . Perbuatan ini memang memalukan kerana mencalarkan imej tanah air kita , malahan menggadaikan maruah masyarakat kita sendiri , bagai menconteng arang di muka sendiri .

Susulan daripada itu , langkah penguatkuasaan merupakan langkah primer yang efektif dan drastik dalam usaha mengekang kemelut ini . Lazimnya , dalam keadaan sebegini , amatlah wajar semua kawasan rekreasi diawasi dengan ketat oleh jabatan atau agensi yang dipertanggungjawabkan agar keindahan alam sekitar negara kita dapat dikekalkan . Pada hemat saya , agensi atau jabatan yang diamanahkan wajar diberi peruntukan kuasa untuk menangkap , menghukum serta menghalang golongan minoriti yang tidak berperikemanusiaan dan mengekang budaya vandalisme . Sebagai pengajaran dan amaran kepada masyarakat , sampah masyarakat yang sanggup membuang sampah sesuka hati , meludah , mengotori tempat awam , merosakkan infrastruktur-infrastruktur awam haruslah dikenakan hukuman yang setimpalnya . Dalam hal ini , cara yang tegas ini terbukti berkesan dalam usaha mengekalkan kesinambungan kawasan rekreasi Malaysia .

Di samping itu , pelbagai uslub dan minhaj juga perlulah diambil untuk memulihara dan memelihara anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini dengan segera . Dalam konteks ini , pihak berkuasa tempatan berperanan sebagai organisasi yang memelihara dan memulihara destinasi-destinasi pelancongan masing-masing , agar menampung bilangan pengunjung yang semakin bertambah . Begitu juga dengan prasarana-prasarana awam yang mudah dirosakkan oleh gejala vandalisme . Infrastruktur-infrastruktur ini perlulah diletakkan di bawah pengawasan kakitangan yang dipertanggungjawabkan . Selain membaik pulih kemudahan yang rosak binasa , pihak berkuasa tempatan juga bertanggungjawab menambah dan mempertingkatkan prasarana awam seperti tong sampah , tandas , tiang lampu , taman permainan dan sebagainya.

Sementelahan pula , kebijaksaanan pihak berkuasa menangani amalan negatif ini sama ada pendekatan psikologi melalui kempen-kempen yang diuar-uarkan oleh kerajaan ataupun kaedah penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan saman yang diambil memang mendatangkan impak yang memuaskan . Slogan-slogan seperti "Jagalah Alam Kita Untuk Generasi Akan Datang" , "Kawasan Rekreasi Wajar kita Sayangi" serta ceramah-ceramah yang diuar-uarkan dapat memberikan kesedaran secara psikologi kepada masyarakat setempat agar memeliharan kawasan rekreasi .Sesungguhnya memerlukan tempoh yang panjang , nescaya langkah ini mampu memberikan kesan dalam tempoh jangka masa panjang .

Sebagai langkah alternatif , kawasan-kawasan rekreasi wajar diswastakan sekiranya agensi kerajaan yang diamanahkan tidak mampu untuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan penyelenggaran dengan sempurna . Bertitik-tolak daripada itu , pihak swasta diberi tanggungjawab pula diamanahkan menyelia dan memastikan kawasan-kawasan tersebut senantiasa dalam keadaan kondusif . Malahan , caj yang dikenakan bukan sahaja mampu menampung kos penyelenggaraan dan perkhidmatan , tetapi juga menampung kos pengurusan dan imbuhan para pekerja . Rentetan itu , langkah yang berstrategi serampang dua mata ini memberikan jalan penyelesaian terbaik dalam usaha mengekang kemelut yang semakin gawat itu .

Sesungguhnya , selaku anak watan Malaysia milineum baru ini , kita seharusnya mempunyai kesedaran sivik yang luhur dan tahu menghargai segala kurniaan Tuhan yang cukup membanggakan kita itu . Kita tidak sewajarnya memperlekeh kemelut yang mencapai tahap kritikal ini , agar tidak terhantuk baru terngadah . Setiap warga Malaysia diingatkan supaya tidak menjadikan bumi tercinta yang bertuah ini sebagai neraka dunia oleh bikinan tangan kita sendiri .