BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 20, 2009

Cahaya...


Demi mengejar cahaya , kupu-kupu sanggup menerkap api dengan badan sendiri , sehingga mati dibakar api ataupun mati terendam dalam minyak . Kesanggupan dan keberanian kupu-kupu dalam mengejar cahaya harapan sehingga putih tulang memang terpuji . Pada saat yang terakhir , saat kupu-kupu menghembuskan nafas mereka yang terakhir , mereka berjaya memperoleh cahaya harapan , memenuhi keinginan yang dikejar oleh mereka selama ini .

"Biar putih tulang , jangan putih mata" , keberanian kupu-kupu mengejar cahaya harapan mengingatkan saya unggapan ini . Memang mengharukan , memang menyayukan , kisah kupu-kupu ini . Demi mengejar cahaya harapan , kesanggupan insan mengabaikan nyawa sendiri memang mengharukan dan mengagumkan . Jiwa mereka adalah mulia , sehingga jasa mereka tidak dapat digantikan . Jiwa mereka adalah luhur sehingga langsung tidak terpengaruh dengan nikmat materialistik yang banyak membutakan mereka yang naif . Bagi mereka , kehidupan yang tiada harapan dan sepi dalam dunia yang sejuk membeku , tidak sebaik kematian mereka dalam usaha mengejar cahaya harapan . Bagi para pejuang yang gagah berani ini , sekurang-kurangnya mereka mengecapi cahaya harapan , merasai apa yang diinginkan oleh mereka selama ini semasa mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir . Itulah harapan mereka , harapan mereka yang jauh penting berbanding nyawa mereka yang tidak ternilai itu.

Hidup kita penuh dengan harapan , namun harapan hanya terdapat dalam belukar yang berduri . Hidup kita penuh dengan halangan , namun tiada halangan yang tidak dapat diharungi .
Nyawa adalah sementara , namun nyawa turut boleh menjadi abadi , berkekalan ke akhirat , berkekalan selama-lamanya . Kendatipun kita lahir dalam dunia yang fana , namun kita tetap mampu melahirkan dan membina dunia yang baka .

Tanpa cahaya harapan , bukankah dunia kita akan bertukar menjadi dunia yang sejuk membeku , dunia yang tanpa harapan dan segelap dakwat ?

Sekiranya aku mempunyai sepasang sayap , nescaya aku akan bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk membawa cahaya harapan kepada dunia ini . Aku akan terbang menerkam api harapanku . Pada saat aku mengecapi cahaya harapanku , biarlah badanku dibakar sehinggalah aku hilang kesedaran , sehinggalah badanku bertukar menjadi debu ......

5 comments:

  1. Hello Anak Watan Milineum Baharu,

    Sebuah hasil nukilan yang baik. Penyampaian dan pengolahan perlu diperjelas. Berhati-hati dengan kesilapan menaip.

    ReplyDelete
  2. Erm, "biar putih tulang, jangan putih mata" memanglah baik. Tetapi hargailah nyawa kamu, janganlah sesekali mengorbankan nyawa sendiri.

    ReplyDelete
  3. Hello Anak Watan Milineum Baharu,

    Cikgu ada satu permintaan. Bolehkah menulis sebuah karangan tanpa menggunakan kosa kata menarik. Cikgu ingin melihat aspek isi dan pengolahan karangan anda. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Ok , cikgu .
    Tapi , saya perlu tulis karangan fakta atau karya kreatif?

    ReplyDelete
  5. Hello Anak Watan Milineum Baharu,

    Tulis karangan jenis fakta kerana kebanyakan soalan karangan yang diuji dalam SPM adalah berbentuk fakta. Setelah memeriksa karangan Demam Denggi, cikgu mendapati sebenarnya untuk tajuk tertentu secara keseluruhan 90 buah karangan daripada 3 kelas Sains, cikgu mendapati ramai tidak dapat memberikan isi yang bernas dan tidak cukup isi, pengolahan tidak menarik.
    Sebenarnya, daripada penulisan anda semua, cikgu sudah kenal pasti apa masalah yang dihadapi pelajar, cuma cikgu kesuntukan masa untuk mengajar anda semua. Oleh sebab itu, cikgu perlukan anda semua rajin menulis supaya cikgu boleh membantu anda semua. Sekian, selamat menulis

    ReplyDelete