BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 12, 2009

Malam...


"Adakah kamu terkenang akanku pada malam yang syahdu tetapi sunyi ini ?" bisikku sendiri dalam sanubariku.

Mataku yang tidak bersemangat itu sedang merenung langit yang segelap dakwat itu . Bulan purnama malam ini memang mempesonakan .Malam bulan yang dipagari bintang ini menyerikan lagi cuaca malam ini . Malam yang memikat hatiku ini makin indah jika dipandang , bagai gadis beri senyuman pada bujang idaman . Menatap lampu alam yang merupakan ciptaan Tuhan yang mengagumkan ini , nostalgia-nostalgia mengenaimu menyebabkan hatiku sebak menahan kepiluan .

Masih kelengangan di sekeliling , hanya kedengaran bunyi angin bersiulan di luar pintu burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta ini . Hatiku tenang melihat daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin .

"Sudah berapa lamanya sejak kali terakhir aku menghayati bulan yang indah ini keseorangan ?" Aku mula menyesal setelah melihat semua yang aku telah abaikan selama ini . Air mata bergenang di kelopok mataku yang bulat bersinar telah memecah kesunyian malam ini . Sekarang baru kusedari, selama ini aku hanyalah berjuang bersendirian secara membuta tuli , tidak pernah memperlahankan langkahku yang pantas menuju ke hadapanku . Aku terlalu taksud dalam mengejar kenikmatan materialistik sehingga meminggirkan kehidupan rohaniah dan mengabaikan banyak aspek dalam kehidupanku . Lama-kelamaan , aku mulai dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya sehingga aku terpaksa hidup dalam kepompong sendiri . Dan yang paling aku kesali , aku telah mengabaikanmu . Semuanya salahku sebagai seorang idealis yang bersikap individualistik dan mementingkan diri sendiri sehinggalah sekarang hubungan antaraku dengan kawan-kawanku semakin renggang .

Deraian manik-manik putih yang menitis di pipiku yang gebu hanyalah akan mencerminkan duka yang terlara dalam hatiku setelah mengenang semua yang berlalu . Teringat diriku yang sanggup mengkianiati keimanan diri sendiri dan persahabatanku untuk memenuhi nafsu-nafsiku yang tanpa batasannya . Sekarang aku telah insaf dan rohaniahku kembali waras semula . Walau bagaimanapun , semuanya telah terlewat kerana kamu telah tinggalkanku keseorangan dan diisolir. Mungkin bagimu , aku ialah 'haiwan robotik' yang tidak mempunyai rasa dan jiwa . Namun , jiwaku tetap akan kekosongan dan kesunyian tanpamu .......

Tanpamu , bintang yang bersinar tidak lagi berseri .
Tanpamu , bulan yang dipagar bintang kembali menyepi kesunyian .
Tanpamu , suasana malam yang fantastik ini tidak memikat hati lagi .
Tanpamu , kelengangan malam ini memperli kesepianku dengan kejamnya ......


12 comments:

  1. Sebenarnya ini kali pertama saya menulis karangan jenis ini .
    = =

    ReplyDelete
  2. Bagus, Anak wAtAn MiLinEuM BaHaRu,

    Beginilah cara kita melatih kemahiran kita dalam penulisan pelbagai genre bukan hanya penulisan karangan untuk lulus dalam peperiksaan. Cikgu pernah menulis sajak, kakak cikgu pernah menulis cerpen. Kakak saya mendapat johan dalam pertandingan menulis cerpen dan naib johan dalam penulisan sajak. Anda boleh menghantar karya dalam untuk diterbitkan(kalau berjaya dipilh) dalam Dewan Siswa, Dewan Masyarakat atau majalah anda. Belum cuba belum tahu. Teruskan penulisan kreatif anda.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas cadangan cikgu . Sebenarnya ,saya agak keliru dengan penggunaan "aku" dan "ku" serta penggunaan imbuhan dalam menulis karangan tersebut .

    ReplyDelete
  4. = =" Tak sangka kamu seorang yang dapat menulis karangan yang berunsur romantis. Hebatnya... Mana kamu dapat ilham?

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya,saya tiak dapat tidur .= =
    Jadi saya pun tulislah karangan ini setelah menghayati keindahan bulan dan merasai kelengangan malam ...

    ReplyDelete
  6. Cikgu sibuk dengan proposal presentation yang akan diadakan pada hari Isnin. Oleh sebab itu cikgu belum sempat lagi membaca penulisan kreatif anda. Melihat sepintas lalu, anda memang tidak akan menghadapi masalah dalam penulisan karangan Bahasa Melayu cuma banyakkan lagi pembacaan dalam Bahasa Melayu terutama isu semasa.

    ReplyDelete
  7. wow, sangat dalam... banyak perkataan yang saya tak faham...

    ReplyDelete
  8. tolong terangkan :
    sanubariku
    syahdu
    taksud
    diisolir
    kepongpong

    ReplyDelete
  9. Baiklah , saya akan cuba terangkan ^_^

    sanubariku → Hatiku
    syahdu → Cantik & menarik
    taksud → Tertarik (Infatuated)
    diisolir → Dipulaukan(Isolated)
    kepompong → Pergaulan sosial yang terhad
    (susah nak jelaskan ini= =)

    ReplyDelete
  10. Ha, bagus AnAk wAtAn.

    Tidak kedekut ilmu. Kalau kita mengajar orang lain kita akan jadi lebih pandai lagi, banyak pahala. Belajar bersama-sama dan membantu rakan lain amalan yang cukup baik. Baik sungguh hati budi anda. Cikgu berasa bangga berpeluang mengenali pelajar seperti anda.

    ReplyDelete
  11. Hebat Izukaz. jika ada masa lapang tolong ajar saya menulis ^^

    ReplyDelete
  12. thank you izukaz untuk jelaskan ^^
    bilakah kau akan tulis cerita baru?? nak bacalah...

    ReplyDelete