BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 27, 2009

Gajala vandalisme di kawasan rekreasi ...


Bentuk landskap Malaysia yang unik dan indah merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai . Bentuk topografinya yang terbina daripada komponen gunung-ganang , bukit-bukau , lautan dan pulau yang menawan telah menyajikan destinasi-destinasi menarik untuk berkelah dan beristirahat . Walau bagaimanapun , alangkah sejuk hati kita melihat anugerah Tuhan yang tidak ternilai semakin tercemar dan ternoda keindahannya . Justeru , demi mengekalkan keindahan tempat-tempat rekreasi ini untuk kepentingan generasi muda , beberapa langkah yang drastik dan efektif perlulah diambil dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan bentuk landskap Malaysia .

Secara umumnya , keindahan alam semula jadi tanah air kita memang tidak ada tolak bandingnya . Hal ini jelas terlihat dalam tumpuan-tumpuan pelancong , seperti Port Dickson , Hutan Lipur , Pulau Redang dan sebagainya yang cukup termasyhur . Kendatipun demikian , kawasan-kawasan yang ibarat syurga ini kian hari kian dikotori , sampah-sarap bersepah-sepah di sini sana serta longgokan sisia menimbun , dengan tidak langsung menggambarkan disiplin dan sikap tanggungjawab masyarakat kita yang semakin merosot dan pupus ditelan arus pemodenan . Mentelah lagi , hakibat bahawa destinasi-destinasi pelancongan tersebut lambat-laun akan bertukar menjadi kawasan "pembuangan dan pelupusan sampah " memang tidak dapat dinafikan dan amat mendukacitakan .

Sebagai analoginya , perbuatan vandalisme yang menlanda turut menghancurkan imej kawasan rekreasi dengan seriusnya . Bagi membuktikan perkara ini , contoh yang boleh diketengahkan ialah kebanyakan infrastruktur awam seperti telefon , pondok rehat , malahan popok-pokok hiasan dirosakkan oleh segelintir sampah masyarakat . Tindakan yang keji bukan sahaja menghancurkan keanggunan dan keindahan tempat-tempat reaksi , malahan mendatangkan kesulitan kepada pengunjung yang ingin menggunakan prasarana tersebut . Peninjauan secara rambang menunjukkan hampir 100 peratus tandas awan telah dirosakkan oleh budaya vandalisme . Biar kita lihat , tulisan dan contengan pelbagai kata yang tidak bermoral telah mengotori dan mencemari tandas awan negara kita . Perbuatan ini memang memalukan kerana mencalarkan imej tanah air kita , malahan menggadaikan maruah masyarakat kita sendiri , bagai menconteng arang di muka sendiri .

Susulan daripada itu , langkah penguatkuasaan merupakan langkah primer yang efektif dan drastik dalam usaha mengekang kemelut ini . Lazimnya , dalam keadaan sebegini , amatlah wajar semua kawasan rekreasi diawasi dengan ketat oleh jabatan atau agensi yang dipertanggungjawabkan agar keindahan alam sekitar negara kita dapat dikekalkan . Pada hemat saya , agensi atau jabatan yang diamanahkan wajar diberi peruntukan kuasa untuk menangkap , menghukum serta menghalang golongan minoriti yang tidak berperikemanusiaan dan mengekang budaya vandalisme . Sebagai pengajaran dan amaran kepada masyarakat , sampah masyarakat yang sanggup membuang sampah sesuka hati , meludah , mengotori tempat awam , merosakkan infrastruktur-infrastruktur awam haruslah dikenakan hukuman yang setimpalnya . Dalam hal ini , cara yang tegas ini terbukti berkesan dalam usaha mengekalkan kesinambungan kawasan rekreasi Malaysia .

Di samping itu , pelbagai uslub dan minhaj juga perlulah diambil untuk memulihara dan memelihara anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini dengan segera . Dalam konteks ini , pihak berkuasa tempatan berperanan sebagai organisasi yang memelihara dan memulihara destinasi-destinasi pelancongan masing-masing , agar menampung bilangan pengunjung yang semakin bertambah . Begitu juga dengan prasarana-prasarana awam yang mudah dirosakkan oleh gejala vandalisme . Infrastruktur-infrastruktur ini perlulah diletakkan di bawah pengawasan kakitangan yang dipertanggungjawabkan . Selain membaik pulih kemudahan yang rosak binasa , pihak berkuasa tempatan juga bertanggungjawab menambah dan mempertingkatkan prasarana awam seperti tong sampah , tandas , tiang lampu , taman permainan dan sebagainya.

Sementelahan pula , kebijaksaanan pihak berkuasa menangani amalan negatif ini sama ada pendekatan psikologi melalui kempen-kempen yang diuar-uarkan oleh kerajaan ataupun kaedah penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan saman yang diambil memang mendatangkan impak yang memuaskan . Slogan-slogan seperti "Jagalah Alam Kita Untuk Generasi Akan Datang" , "Kawasan Rekreasi Wajar kita Sayangi" serta ceramah-ceramah yang diuar-uarkan dapat memberikan kesedaran secara psikologi kepada masyarakat setempat agar memeliharan kawasan rekreasi .Sesungguhnya memerlukan tempoh yang panjang , nescaya langkah ini mampu memberikan kesan dalam tempoh jangka masa panjang .

Sebagai langkah alternatif , kawasan-kawasan rekreasi wajar diswastakan sekiranya agensi kerajaan yang diamanahkan tidak mampu untuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan penyelenggaran dengan sempurna . Bertitik-tolak daripada itu , pihak swasta diberi tanggungjawab pula diamanahkan menyelia dan memastikan kawasan-kawasan tersebut senantiasa dalam keadaan kondusif . Malahan , caj yang dikenakan bukan sahaja mampu menampung kos penyelenggaraan dan perkhidmatan , tetapi juga menampung kos pengurusan dan imbuhan para pekerja . Rentetan itu , langkah yang berstrategi serampang dua mata ini memberikan jalan penyelesaian terbaik dalam usaha mengekang kemelut yang semakin gawat itu .

Sesungguhnya , selaku anak watan Malaysia milineum baru ini , kita seharusnya mempunyai kesedaran sivik yang luhur dan tahu menghargai segala kurniaan Tuhan yang cukup membanggakan kita itu . Kita tidak sewajarnya memperlekeh kemelut yang mencapai tahap kritikal ini , agar tidak terhantuk baru terngadah . Setiap warga Malaysia diingatkan supaya tidak menjadikan bumi tercinta yang bertuah ini sebagai neraka dunia oleh bikinan tangan kita sendiri .

7 comments:

  1. Maafkan saya , cikgu .Saya lambat siapkan karangan saya ini kerana saya tiada di rumah beberapa hari ini . Saya telah mengutamakan isi dan pengolahan dalam karangan ini dan meminimakan penggunaan kosa kata menarik .
    Namun , saya baru sedar bahawa saya terlalu bergantung pada kosa kata menarik- -.
    Justeru , saya akan berlatih menulis karangan jenis fakta sebagai persiapan untuk peperiksaan akhir tahun. ^_^

    ReplyDelete
  2. Hello Anak Watan Milineum,

    terima kasih kerana mengepos karangan anda ini. Oleh sebab tiada tajuk yang lengkap, jadi agak sukar untuk cikgu membuat penilaian. Cikgu akan memberi beberapa pandangan cikgu seperti berikut:
    Pendahuluan tidak memberi gambaran bahawa anda akan menulis tentang gejala vandalisme.
    Isi 1 dan 2 menyatakan kesan, keadaan dan masalah vandalisme terhadap alam.
    perenggan lain ialah langkah mengatasi masalah vandalisme. Jika fokus tajuk anda ialah langkah sahaja, maka pendahuluan anda perlu nyatakan masalah vandalisme( apa harta benda awam yang biasa divandalis), betapa seriusnya gejala ini dan langkah perlu dirangka untuk mengatasinya. Perlu ada perkataan vandalisme pada bahagian pendahuluan atau merosakkan harta benda awam)
    Pada perenggan 2 : isi pertama ( perlu nyatakan langkahnya bukan cuba menunjukkan kepentingan, masalah, keadaan, faktor vandalisme berlaku)

    Langkah-langkah
    1. langkah penguatkuasaan ( tidak jelas) penguatkuasaan apa? undang-undang?
    2. pihak berkuasa tempatan membaiki infrastruktur awam
    3. kempen ( anda nyatakan penguatkuasaan undang-undang di sini bersama dengan kempen. Jadi, isi pertama juga penguatkuasaan
    4. swastakan taman rekreasi

    penutup:
    secara umum, tidak merumus fokus penulisan anda iaitu vandalisme.

    Mungkin disebabkan anda tidak berada di rumah untuk beberapa hari, tidak sempat untuk merangka penulisan karangan anda ini dengan teliti.

    kalau kurang faham, boleh kita bincangkan hal ini dalam kelas nanti. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Terima kasih akan nasihat cikgu . Saya akan menjadikan nasihat cikgu sebagai panduan dan iktibar dalam penulisan karangan saya kelak .

    ReplyDelete
  4. Hello Anak Watan Milenium Baharu,

    maaf, cikgu tak sempat nak baiki sajak anda, hari ini,cikgu senang sikit,jadi bercadang nak baca semula sajak Pohon 1 Malaysia, malangnya sudah dikeluarkan daripada blog anda. Harap, Anak Watan berjaya merangkul hadiah dalam pertandingan itu. Cikgu minta maaf kerana sibuk dengan tesis cikgu akhir-akhir ini. Sajak Christina pun cikgu tak sempat nak tolong baiki.

    ReplyDelete
  5. Tak apalah , cikgu.
    Cikgulah yang memberi dorongan kepada saya untuk mencuba penulisan karya kreatif ...
    Justeru , sya amat berterima kasih kepada cikgu .Bagi saya , pertandingan tersebut hanyalah untuk menimba pengalaman sahaja O(∩_∩)O~

    ReplyDelete
  6. In this manner my acquaintance Wesley Virgin's report begins in this SHOCKING and controversial video.

    You see, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get whatever they want.

    As it turns out, these are the EXACT same methods lots of celebrities (notably those who "became famous out of nothing") and the greatest business people used to become rich and famous.

    You probably know how you use less than 10% of your brain.

    That's mostly because most of your BRAINPOWER is UNTAPPED.

    Maybe that thought has even occurred INSIDE OF YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around seven years back, while riding a non-registered, beat-up trash bucket of a car without a license and in his pocket.

    "I'm very frustrated with going through life paycheck to paycheck! Why can't I turn myself successful?"

    You've been a part of those those types of conversations, am I right?

    Your success story is going to start. You need to start believing in YOURSELF.

    WATCH WESLEY SPEAK NOW

    ReplyDelete
  7. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160k men and women are losing weight with a easy and secret "water hack" to burn 2 lbs every night as they sleep.

    It's painless and works every time.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Hold a clear glass and fill it up half full

    2) Proceed to do this proven HACK

    so you'll become 2 lbs skinnier the next day!

    ReplyDelete